Saturday 18 March 2017

Siapa Manisah ?

Siapa sebenarnya Manisah ni ? Tiba - tiba je buat blog .  Ok , sebenarnya Manisah atau nama penuhnya Manisah Nur Binti Madzelan ialah seorang gadis yang suka menulis . So , dia buat satu blog untuk menulis . 

Sayalah Manisah , budak yang takde kerja pergi buat blog tiba - tiba . Hehe . Sebenarnya hajat nak buat blog tu dah lama cuma takde peluang nak buat . Sekarang dah dapat peluang , buatlah blog .

Saya ingin memperkenalkan diri saya . Nama diberi Manisah Nur Binti Madzelan . Hobi pula menulis cerita . Warna kegemaran adalah pink . Anak ketiga daripada lima beradik . Tinggal pula di Kampung Tok Jembal , Kuala Nerus , Terengganu . 

Mesti ramai orang pelik dengan nama saya , 'nur'nya di hujung . Ramai juga yang tanya "nama awak Manisah Nur ? Bukan Nur Manisah ?"Sorry to say , but aku tahulah nama aku apa . Surat beranak , IC , semua ada bukti nama aku Manisah Nur . Ada juga orang yang pandai - pandai reka nama aku . Opps , sorry . TERkasar bahasa pula .  

Haha . Dah jadi wattpader , sekarang nak jadi blogger pula . Saya sebenarnya gemar tulis cerita , jadi selamat datang ke dunia saya , ManisahNurStory . Saya akan tulis cerpen - cerpen je dalam ni . Harap ada yang sudi nak baca coretan saya yang mengarut ni . Bye .

Love , Manisah .